BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 1 April 2011

Bab 77

Nazra memandu pulang, dia menghantar neneknya ke rumah. Dia cukup risau dengan keselamatan adik iparnya Liyana. Pesanan Pak usunya dulu bagai terngiang-ngiang supaya dia menjaga Liyana. Dia sayangkan Liyana seperti adik sendiri, nak pulak mereka memang sepupu. Wajah Liyana memang miripnya juga. Tapi, dia mungkin mewarisi bentuk tubuh ayahnya kerana dia tinggi. Liyana pulak sederhana pulak ketinggiannya. Kecil dan comel seperti uminya. Kemiripan wajahnya dan Liyana menyebabkan anak-anaknya sangat juga sangat rapat dengan Liyana. Liyana pulak suka sekali melayan kerenah anaknya.

Ilya juga nampak sukakan Liyana. Dia menyedari perubahan Ilya, dia terasa seakan Ilya sudah kembali ke zaman ibu mereka masih hidup. Dulu Ilya seorang yang manja dan suka mengadu pada arwah ibu mereka. Tapi sejak ibu mereka tiada, Ilya jadi pendiam, nampak kental dan berdikari. Kehadiran Liyana sedikit menarik perangai Ilya yang dulu. Mungkin Ilya nampak arwah ibu mereka di sebalik LIyana. Arwah ibunya juga berbadan kecil dan sederhana seperti Liyana.

Liyana, dia merasa isteri adiknya itu istimewa di kalangan keluarga mereka. Dia ada juga terdengar perbualan atuk, ibu dan emak-emak saudaranya ketika dia masih remaja dulu. Mak Anjangnya berkeras mahu atuknya menjual tanah atuknya di hujung kampung untuk menambah duit untuk membina rumah. Tapi atuknya berkeras tidak mahu menjual kerana dari kecil lagi anak-anaknya sudah diagihkan tanah warisan. Sebahagian besar tanah atuknya yang luas itu telah dinamakan dengan nama pak usu mereka. Anak-anak yang lain setuju, cuma mak anjang Turanya. Nazra sendiri pun hairan melihat sikap mak anjang Turanya yang nampak tamak dan tidak sebulu dengan adik beradik lain dan suka membangkit harta.

Dia tidak dapat membayangkan andai Mak Anjang Tura isteri adiknya adalah pewaris tanah yang luas. Tentu Mak anjang Tura akan menuduh yang bukan-bukan terhadap mereka atau Liyana sendiri. Dia sedaya upaya menyimpan rahsia perhubungan Liyana dan Pak Usunya. Bukan tidak ada Mak Anjang Tura menyelidik dengannya kerana terkejut melihat wajah Liyana, tapi dia terpaksa berbohong memberitahu Liyana anak kepada cikgu Sameer.

“Naz…Adib…carik Pak usu…carik pak usu ye…” Nazra masih ingat pesan arawah ibunya ketika terlantar. Dia sendiri tersedu sedan. Masa itu hanya dia dan Adib menemani arwah ibunya di hospital. Adib baru habis SPM dan dia pulak baru menamatkan pelajaran di UM. Hariz pulak di UMS. Alya dan Ilya masing-masing bersekolah. Ayah terpaksa berulang alik ke rumah dan hospital kerana masa itu Ilya masih darjah enam.

“Pak Usu? Pak usu ye siapa ibu?” ‘Pak Usu? Pak usu tu siapa?’ Tanya Adib yang tidak pernah tahu kewujudan adik bongsu ibunya. Memang dia hairan bila dia hanya ada mak anjang, mak ngah dan mak uda. Usu mana?

“Pak Usu, adik bongsu ibu. Atuk Adib dah halau pak usu sebab pak usu kahwin dengan pilihan sendiri.” Beritahu suara itu lemah.

“Ibu…sudahlah…iboh kelakar agik. Kitak rehat jak.” ‘Ibu sudahlah…jangan bercakap lagi. Ibu rehat je.’ larang Nazra. Dia sedar kerinduan ibunya terhadap Pak usu mereka.

“Ibu maok kitak orang cariknya kelak. Mun ibu sik sempat diatnya dan anak bininya, ibu maok anak-anak ibu padah dengan pak usu, ibu sayang katnya. Anak-anak pak usu pun iboh dilupak. Mun nya biak agik dari kitak orang, jaga anaknya macam adik-adik kitak orang pun.” ‘Ibu nak korang cari dia nanti. Kalau ibu tak sempat tengok dia dan anak isterinya, ibu nak anak-anak ibu cakap kat pak susu, ibu sayang kat dia. Anak-anak pak usu pun jangan dilupa. Kalau dia muda dari korang, jaga anak dia macam adik-adik korang sendiri.’ Pesan Izaty. Nazra dan Adib mengangguk saja masa itu. Arwah ibu mereka meninggal tanpa sempat menatap wajah adik bongsu arwah ibunya itu. Arwah ibu mereka meninggal di pangkian ayah mereka. Masa itu dia memeluk adik-adiknya supaya jangan meratap di sisi arwah ibu mereka. Dia juga melihat atuk dan nenek mereka menangis teresak-esak kehilangan anak sulong. Dia mengerti perasaan atuk dan neneknya kerana sebagai ibu bapa amat sukar melihat anak yang dijaga dari kecil pergi dulu dari mereka. Dia memikul tanggungjawab arwah ibunya selepas itu. Dia menolak tawaran mengajar di semenanjung kerana adik-adiknya. Mujur permohonannya untuk mengajar di daerahnya diterima. Walaupun dia menamatkan zaman bujangnya, dia tidak melupakan tanggungjawabnya terhadap adik-adik dan ayahnya. Syukur Zakwan seorang yang memahami.

Nazra memakirkan kereta di halaman rumah. Dia tersenyum melihat seorang kanak-kanak lelaki tertinjau-tinjau di tepi pokok. Mungkin tercari-cari anaknya untuk diajak bermain.

“Raff…Raff nak ajak abang Iki main yek?” Tanya Nazra pada anak kecil itu. Asraf mengangguk. Walaupun berbeza usia, Ikhwan dan Asraf sangat rapat.

“Ibu Raff ada kat rumah sik?” ‘Ibu Raff ada kat rumah tak?’ Tanya Nazra. Dia suka melayan kerenah anak kecil. Teringat dia kenangan dia mengajar dulu. Sekarang dia sudah menjadi suri rumah sepenuh masa. Sesekali dia terbawa-bawa sikapnya semasa menjadi guru dulu dalam mendidik anak-anaknya.

“Ada. Ibu kat rumah bercinta dengan ayah.” Beritahu Asraf, matanya terkebil-kebil melihat ibu kawan baiknya itu. Nazra tertawa mendengar jawapan itu. Dia menghulurkan tangan kepada anak itu untuk ke rumah sebelah. Asraf menyambut tangannya dipimpin Nazra ke rumah sebelah. Nazra memberi salam. Dia menjenguk ke dalam, dia tersenyum melihat Luna dan suaminya bersantai dengan suaminya di sisi anak kecil mereka.

“Assalammualaikum…”Nazra menguatkan suara lagi.

“Waalaikumsalam…eh! Kak Naz masuklah…” Pelawa Luna. Nazra menapak ke dalam rumah. Asraf meluru ke pangkuan ayahnya.

“Dari sini kitak Kak Naz?” ‘Dari mana kak Naz?’ Tanya Luna.

“Kamek dari rumah Liyana. Saja ngabasnya.” ‘Saya dari rumah Liyana. sengaja menziarahi dia.’ Beritahu Nazra. Dia selalu jugak ke situ bila Luna ada balik. Mereka penggemar novel, sebab itu mereka cepat kamceng.

“Eh! Apa khabarnya? Lama sik diatnya. Adib pun busy dak.” ‘Eh! Apa khabar dia? Lama tak tengok dia. Adib pun busy kan?’ Sampuk Ezril bertanya.

“Nya ya sejak mengandung yang ketiga tok nampak macam lelah jak. Ye lah kamek orang bingung. Tadik time kamek tanyak Raff tadik sini ibu dan ayah, nya madah kitak duak sedang bercinta.” ‘Dia tu sejak mengandung yang ketiga ni nampak penat je. Itu lah kami risa tengok dia. Tadi time saya Tanya Raff tadi, mana ibu dan aya, dia cakap korang tengah bercinta.’Beritahu Nazra sambil tergelak. Luna dan Ezril saling berbalas pandang dan akhirnya turut tertawa. Ezril mencubit pipi anaknya.

“Nya tok pandei-pandei dak. Ayahnya lah… Suka madah mun Raff ngaco adiknya, ayahnya madah jangan ngaco. Susah ibu dan ayah nak bercinta. Iki sini? Tadik Raff madah nak main dengan Iki.” ‘Dia ni pandai-pandai je. ayahnya lah…suka cakap, kalau Raff kacau adik dia jangan kacau. Susah ibu dan ayah nak bercinta. Iki mana? Tadi Raff bagitau nak main dengan Iki.’ Beritahu Luna.

“Iki ikut mak usunya pergi ke rumah Hariz.” Beritahu Nazra sambil mengendong Nur Alia Azra anak kedua Luna dan Ezril. Luna meminta diri untuk menuang air ke dapur. Tapi Nazra menegah kerana dia tidak lama di situ.

“Ni tuju orang lain kat rumah tok?” ‘Mana pergi orang lain kat rumah ni?’ Tanya Nazra melihat rumah itu sunyi. Biasalah riuh rendah aje rumah itu.

“Sidaknya ke Sambir. Rumah nenek, ada makan selamat.” ‘Mereka ke Sambir. Rumah nenek, ada kenduri doa selamat.’ beritahu Luna.

“Kitak duak sik pergi?” ‘Kamu berdua tak pergi?’ Tanya Nazra pulak.

“Hmm….Mun pergi semua, rumah tok kosong kak. Kamek duak pergi malam kelak. Bergintir bah.” ‘Hmm..Kalau semua pergi, rumah ni kosong kak. Kami pergi malam nanti. Bergilir.’ Jelas Luna. Nazra mengangguk, betul jugak rumah sekarang tidak dapat ditinggal kosong. Nanti, tak pasal-pasal dimasuki penyangak.

“Eh! Akak mintak dirik dolok.” ‘Eh! Akak minta diri dulu.’ Ujar Nazra. Luna dan Ezril menghantar ke muka pintu.

p/s: Salam..Lc msh b'usaha wat nvel 'Kerana Terlupa'. Lc nak pkenalkan ckit2 ttg watak di dalamnya.. Amira, anak ke-3 psgn roommate yg romantik. seorg gadis yg selalu terlupa. Amira xbrutal mcm uminya, tp agak bendul juga. xbyk saspen mcm RYR..sbb LC xnak sma sgn RYR. biarlah AMir n NUr JIha dgn RYR.. , Amira n Ikmal.. dgn Kerana terlupa.. heronya.. tgu bab sterusnya.. LC akn pkenalkn. doakn citer ni dpt siap k. dah sparuh.. huhuhu...

0 comments: